Rakam Masuk Pengguna Forum
ID Pengguna
Kata Laluan
Pendaftaran  Lupa Kata Laluan
Jumlah pelawat masa ini
11
Jumlah capaian sejak Mei 2013
97175
 
Latar Belakang
 
 

Pendahuluan

 

Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei (DBP) adalah salah sebuah jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan  merupakan institusi yang sangat penting dalam sejarah Brunei Darussalam. Jabatan ini menjadi wadah bagi pendaulatan, pemartabatan dan kelangsungan bahasa, sastera dan budaya Melayu. DBP mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kerana dimandatkan untuk melaksanakan Bab 82 (i) Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Bab berkenaan dinyatakan seperti yang berikut:

 

         "Bahasa rasmi Negeri ia-lah Bahasa Melayu dan hendak-lah 
        ditulis dengan huruf yang di-tentukan oleh Undang2 bertulis." 



 

 

Sejarah Penubuhan

Pada 19 April 1960, sebuah badan bebas telah dibentuk melalui Majlis Mesyuarat Negeri Brunei. Badan ini dikenali sebagai Lembaga Bahasa. Tujuan pembentukannya adalah untuk memeriksa perkara-perkara yang berhubung dengan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Pada waktu itu, Lembaga Bahasa ditempatkan di bawah Jabatan Pelajaran pada 16 September 1961.

 

Lembaga Bahasa dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan bidang kebahasaan, mempertingkatkan dan menyebarkan penggunaan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam.

 

Pada tahun 1962, nama Lembaga Bahasa ditukar menjadi Bahagian Bahasa dan Pustaka. Pengarah pertama bagi Bahagian ini ialah Haji Awang Mohd Jamil (kini dikenali sebagai Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri).

Pada 1 Januari 1965, Bahagian Bahasa dan Pustaka telah dinaik taraf menjadi sebuah jabatan kerajaan, dan dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada awal tahun 1984, DBP diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 
Pentadbiran DBP kemudiannya berpindah ke bangunan baru terletak Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas dan mula berpindah secara berperingkat-peringkat  pada penghujung tahun 1992 sehingga 1994. Bangunan lama DBP di Bandari Seri Begawan digunakan sepenuhnya Perkhidmatan Perpustakaan.

 

 


Hak Cipta 2017 © Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam