Rakam Masuk Pengguna Forum
ID Pengguna
Kata Laluan
Pendaftaran  Lupa Kata Laluan
Jumlah pelawat masa ini
5
Jumlah capaian sejak Mei 2013
97169
 
Anugerah/Pengiktirafan

ANUGERAH MABBIM

Setiap jasa dan bakti yang dicurah walau sebesar dan sekecil mana pun tetap dikenang dan dihargai, sementalah pula jasa dan bakti yang dicurah mempunyai kesan sejarah pada sesebuah institusi. 

Begitu juga, Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) yang merupakan salah sebuah organisasi kebahasaan di persada rantau ini telah berjasa dan bekerja keras untuk pengembangan dan pemerkasaan bahasa Melayu/Indonesia. Beberapa anugerah telah diwujudkan dan diperkenalkan dalam setiap sambutan sebagai apresiasi dan dorongan untuk terus memperjuangkan bahasa Melayu/Indonesia.


Anugerah Mabbim mula diperkenalkan buat pertama kalinya dalam Sidang Ke-32 Mabbim, pada 8 - 12 Februari 1993, Bogor, Indonesia, iaitu sempena Sambutan Ulang tahun Ke-20 Mabbim. Sejak itu candik dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia yang telah berjasa menerima anugerah berkenaan. Antara anugerah yang diberikan ialah Anugerah Kencana Mabbim, Anugerah Ilmuwan Mabbim, Anugerah Tokoh Mabbim, Anugerah Khas Mabbim dan Anugerah Kencana Wiratama


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila muat turun Candik Mabbim


ANUGERAH SASTERA MASTERA

Anugerah Sastera MASTERA adalah anugerah yang berprestij yang diberikan kepada tokoh Sastera dari negara pendiri MASTERA, sama ada melalui karya yang bermutu tinggi atau pejuang sastera yang bergiat memperkembangkan kemajuan sastera. Projek ini diselenggarakan oleh MASTERA Brunei Darussalam dan dilaksanakan tiga tahun sekali.

MASTERA Brunei Darussalam telah mengungkayahkan Penyampaian Anugerah Sastera MASTERA sebanyak tiga kali.

 

ANUGERAH KESUSASTERAAN ISLAM (AKI)

Anugerah Kesusasteraan Islam (AKI) diberikan kepada penulis-penulis tempatan sebagai sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk melaksanakan salah satu tujuan penubuhannya, iaitu "Menanam dan memupuk semangat kecemerlangan dalam bidang sosiobudaya dan sosioekonomi dalam kalangan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan hadiah dalam bidang sastera dan kebudayaan."

 

ANUGERAH PENULISAN ISLAM (API)

Anugerah Penulisan Islam (API) diwujudkan sebagai mejunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berazam menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara zikir. Anugerah ini diadakan setiap lima tahun sekali untuk memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis Negara Brunei Darussalam yang telah menulis dan menyumbangkan idea yang cemerlang dalam usaha memperkembangkan idea yang cemerlang dalam usaha memperkembangkan dakwah Islamiah di negera ini.

Penerima anugerah dinilai dari penghasilan buku karya mereka yang bermutu, buku-buku rujukan sekolah-sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya.




Untuk mengetahui penerima-penerima anugerah yang tersebut di atas,  sila muat turun Penerima Anugerah Mastera


Hak Cipta 2017 © Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam