Rakam Masuk Pengguna Forum
ID Pengguna
Kata Laluan
Pendaftaran  Lupa Kata Laluan
Jumlah pelawat masa ini
15
Jumlah capaian sejak Mei 2013
97179
 
Permohonan Penterjemahan

Semua permohonan hendaklah dihadapkan kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam, dan hendaklah mematuhi syarat dan peraturan yang berikut:

 

A.  Permohonan Penterjemahan

1.   Jabatan ini hanya akan memberikan khidmat penterjemahan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang tidak mempunyai jawatan Penterjemahan di sesebuah jabatan tersebut atau di jabatan-jabatan lain di bawah kementerian yang sama atau dalam kementerian berkenaan.

2.   Perkhidmatan ini juga akan diberikan kepada sektor-sektor swasta yang terdiri daripada syarikat-syarikat perniagaan, perusahaan, persatuan atau pertubuhan sama ada dari dalam atau luar negara, tetapi telah didaftarkan di negara ini serta menjalankan kegiatan perniagaan, perusahaan, persatuan atau pertubuhan masing-masing di negara ini.

3.   Perkhidmatan ini tidak diberikan kepada pemohon-pemohon perseorangan yang bertujuan untuk kegunaan peribadi semata-mata.

4.   Bagi teks sumber (buku, risalah, video, dan lain-lain) yang pernah diterbitkan, pemohon hendaklah menyertakan satu daripada dua dokumen yang berikut (asal dan salinan) kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei:-

(i)   kebenaran secara bertulis daripada penerbit asal teks sumber atau

(ii)  mengisi borang pengakuan bertanggungjawab pemohon terhadap teks sumber yang akan diterjemahkan.

5.   Semua permohonan hendaklah mengisi borang yang disediakan di Unit Penterjemahan, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Tingkat 3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapangan Terbang Lama Berakas, dengan menyertakan bersama teks sumber sebanyak tiga salinan cetak (hardcopy) dan satu salinan liut (softcopy).  Jika berkenaan, surat kebenaran daripada penerbit asal hendaklah disertakan.

 

B.  Permohonan Penyemakan Teks Terjemahan

1.   Perkhidmatan ini diberikan kepada semua jabatan kerajaan di negara ini.

2.   Perkhidmatan ini juga akan diberikan kepada sektor-sektor swasta yang terdiri daripada syarikat-syarikat perniagaan, perusahaan, persatuan dan pertubuhan sama ada dari dalam atau luar negara, tetapi telah didaftarkan di negara ini serta menjalankan kegiatan perniagaan, perusahaan, persatuan atau pertubuhan masing-masing di negara ini.

3.   Perkhidmatan ini tidak diberikan kepada pemohon-pemohon perseorangan yang bertujuan untuk kegunaan peribadi semata-mata.

4.   Bagi teks sumber (buku, risalah, video, dan lain-lain) yang pernah diterbitkan, pemohon hendaklah menyertakan satu daripada dua dokumen yang berikut (asal dan salinan) kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei:-

(i)   kebenaran secara bertulis daripada penerbit asal teks sumber atau

(ii)  surat pengakuan mengenai kebertanggungjawaban pemohon terhadap teks terjemahan yang akan disemak.

5.   Semua permohonan hendaklah mengisi borang yang disediakan di Unit Penterjemahan, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Tingkat 3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapangan Terbang Lama Berakas, dengan menyertakan bersama teks sumber sebanyak tiga salinan cetak (hardcopy) dan satu salinan liut (softcopy). 

 

DBP akan sentiasa mengemas kini syarat dan peraturan ini dari semasa ke semasa.  Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi Staf Unit Penterjemahan di talian 2382511 sambungan 130, 133 dan 134, e-mel: penterjemahan.dbp@gmail.com.   

Muat turun Borang Permohonan dan Penyemakan Terjemahan  

  


Hak Cipta 2017 © Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam